KAMI ADALAH PENGEDAR RASMI UNTUK JUAL BELI EMAS PUBLIC GOLD

Anda boleh menghubungi 017-7675446 utk membeli atau menjual EMAS dan PERAK

Selasa, 9 November 2010

Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog  semoga anda sihat walafiat selalu.

Harga EMAS dan melonjak ke padas USD1400. Tahniah kepada semua yg telah menyimpan. Kepada yg belum menyimpan ayuh baca artikel dibawah.




Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas


Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. Klik sini harga 1 tahun lalu

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.

Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarika mereka

(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).

Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. The Bullion Desk (http://www.thebulliondesk.com/ )

ii. Kitco (http://www.kitco.com/ )

iii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/ )

iv. World Gold Council (http://www.gold.org/ )

v. Goldsilver.com (http://www.goldsilver.com/ )

vii. Casey Research (http://www.caseyresearch.com/ )

viii. Mineweb (http://www.mineweb.com/ )

Pelan tindakan.Terdapat 2 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.


2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.


Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!

Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.

Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.

Jadi ambil tindakan sekarang!!


Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.


Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.


Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:


Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.
Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.
(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)

di laman web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141  )


Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.
Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.
Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%!!Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

Kesimpulan:

1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.

2. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.

Sila Call/SMS untuk beli / jual emas:
Encik Azrul Syahrizan Ab Rahman -
Authorized Public Gold Master Dealer
No telefon : 017-7675446Lokasi : PONTIAN, PEKAN NENAS, BENUT, AIR BALOI, PERLING, KUKUP, JB.

Membeli / Menjual Emas Public Gold dan Public Dinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan